Wednesday, April 13, 2011

PENCETAK (PRINTER)

PENCETAK (PRINTER)
Peranti yang menghasilkan data daripada komputer pada kertas. Pencetak boleh digunakan untuk menghasilkan surat atau laporan yang telah ditaip menggunakan komputer.
Pencetak mempunyai dua jenis iaitu dalam bentuk laser dan bubble jet.




TETIKUS (MOUSE) DAN PAD TETIKUS (MOUSE PAD)

TETIKUS (MOUSE)
Peranti input komputer yang digunakan sebagai penunjuk untuk mengawal cursor dan untuk memilih objek. Tetikus biasanya mempunyai satu, dua dan tiga butang pada bahagian kepala.
PAD TETIKUS (MOUSE PAD)
Lapik yang diperbuat dari getah untuk melapik dan melancarkan pergerakan tetikus

PEMBESAR SUARA (SPEAKER)

PEMBESAR SUARA (SPEAKER)
Penghasilan sistem bunyi yang baik, jelas dan realistik antaranya terletak pada sistem stereo bunyi yang digunakan pada sesebuah PC multi media. Misalannya jenama Hewlett Packard (HP) menggunakan sistem stereo Dolby Digital (AC-3) yang kemudiannya direalisasikan oleh pembesar suara (speaker) Premier Polk Audio dan Subwoofer untuk menghasilkan bunyi-bunyian yang realistik dan mengkagumkan.

MONITOR

MONITOR


F51e
Size: 15.0"
Resolution: 1024x768 Pixel Pitch: 0.297mm
FP855
Size: 18.1"
Resolution: 1080x1024
Pixel Pitch: 0.2805mm
211c
CRT Size: 21.0"
Viewable Size: 20.0"
Resolutions: 1600x1200 @85Hz
Pixel Pitch: 0.26mm

Peranti yang memaparkan data yang dijanakan oleh komputer dalam bentuk yang lebih mudah difahami oleh pengguna.

Paparan pada monitor berkait rapat dengan kad paparan seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Pengelasan monitor adalah berdasarkan tahap resolusi dan keupayaannya untuk melakukan nyah segar (refresh). Sebuah monitor yang beresolusi tinggi mampu memaparkan gambar yang lebih tajam. Nyah segar adalah merujuk kepada kemampuan sesebuah monitor untuk memaparkan grafik pada skrin semasa berlaku per tukarannya grafik yang terlalu cepat.

Di samping itu monitor juga terdiri daripada pelbagai saiz yang diukur dalam ukuran inci seperti 14", 15", 17" dan 21". Antara jenama monitor yang terkenal ialah Sony, NEC, ViewSonic dan Wyse Technologies. Kini terdapat jenis monitor yang memancarkan radiasi yang rendah dan menjimatkan tenaga dengan kebolehan tertutup sendiri apabila ianya tidak digunakan dalam jangka masa yang lama.

Kebanyakan skrin yang ada berasaskan standard SuperVGA, cukup untuk mendapatkan imej yang jelas bagi pengguna biasa. Setup standard ialah paparan 16 ribu warna ( lazimnya lebih banyak lagi bagi Macintosh)

Terdiri dari beberapa jenis seperti:-

  1. Monokrom


  • Diperkenalkan pada tahun 1981
  • Memaparkan teks yang berwarna hijau/oren dan berlatar belakang hitam

  1. CGA


  • Bermaksud Color Graphics Adapter

  • Diperkenalkan pada tahun 1981
  • Memaparkan teks/graphic dalam 4 warna

  1. EGA


  • Bermaksud Enhanced Graphic Adapter
  • Diperkenalkan pada tahun 1984
  • Mempamirkan teks/graphic yang lebih halus dan cantik
  • Memaparkan sehingga 16 warna


  1. GA dan Super VGA
  • Bermaksud Video Graphics Array
  • Diperkenalkan pada tahun 1987 dan Super VGA 1988
  • Memaparkan 256 warna

MEMORY


MEMORY

Memainkan peranan sebagai penyimpan sementara data-data sebelum ianya diproses menjadi maklumat oleh CPU dan dihantar kembali kepada komponen lain seperti skrin, pencetak dan juga cakera keras. Memori juga bergantung kepada jenis papan induk yang digunakan kerana papan induk yang berlainan mempunyai saiz pin memori yang berlainan seperti 72 pin SIMM ( single in-line memory module ), 168 pin DIMM (dual in-line memory module) atau 144 pin DIMM.
Memori juga dibina dalam pelbagai bentuk kerana ia berbeza dari segi kepantasan menerima dan menghantar maklumat yang dimansuhkan ke dalamnya. Ia terbahagi kepada dua jenis samada SIMM dan DIMM. Perbezaan antara keduanya ialah DIMM meletakkan cip-cip memori di kedua-dua bahagian pada sekeping kad memori. Untuk pengetahuan anda memori juga terdiri dari pelbagai jenis seperti DRAM, FPM, EDO, BEDO, SDRAM, SRAM, ASRAM, SSRAM, PBSRAM, VRAM, WRAM dan SGRAM.
Sebuah komputer peribadi yang ingin anda beli seboleh-bolehnya memiliki jumlah memori piawai sekurang-kurangnya 32Mb. Jika anda ingin menggunakan komputer tersebut untuk kegunaan biasa, memori sebanyak 32Mb sudah mencukupi. Sebaliknya untuk penggunaan komputer untuk tujuan aplikasi grafik dan permainan komputer akan memerlukan memori yang lebih banyak iaitu sekurang-kurangnya 64Mb.
  • Memori ialah bahagian komputer di mana program dan data disimpan.
  • Mengandungi dua jenis ingatan:-
  1. Memori Utama ( Ingatan Utama )
  • Memori Utama ialah ingatan cepat yang berupaya beroperasi bagi kelajuan elektronik.
  • Primary Memories adalah semiconductor memories.
  • Program atau aturcara disimpan di dalam Ingatan Utama sepanjang pelaksanaannya.
  1. Secondary Memory
  • Secondary Memories adalah lambat, murah dan biasanya memory yang lebih besar.
  • Digunakan untuk menyimpan sistem aturcara-aturcara (programs), fail data yang besar.
Cth: Magnetik Tapes, Magnetic Disks, Floppy Disks, Optical Disks. Secondary Memory adalah sebahagian dari sistem input/output.
RAM Chips
Memori Akses Rambang ( Random Acess Memory atau RAM )
Komponen yang menjalankan �pemikiran� komputer. RAM ialah ruang di mana perisian bergerak untuk berfungsi, dan hilang sebaik sahaja pengguna keluar daripada sekitarannya atau mematikan komputer. Sekurang-kurangnya 16Mb RAM diperlukan bagi Macintosh dana Windows 95. Lebih banyak lagi diperlukan jika pengguna mahu menggunakan perisian grafik/imej atau permainan video yang lebih besar.
  • Random Access Memory
  • Tugasnya untuk mengingati data dan arahan-arahan yang perlu dijalankan.
  • CPU akan merujuk kepada bahagian ini untuk mendapatkan data serta memastikan semua tugas dijalankan.
  • Apabila komputer dipadamkan, segala ingatan dalam RAM akan hilang.
  • Ukuran muatan ingatan diukur di dalam BAIT. Satu Bait ada 8 bit = satu huruf/abjad (T,U,V,7,8,9,$,<,+). 1 kilobait = 1024 Bait. 1 Megabait = 1000 x 1024 Bait. 1 Gegabait = 1000 Megabait.
ROM Chips
  • Read Only Memory
  • Ingatan yang sentiasa ada pada komputer.
  • Cip yang telah diisi dengan program atau arahan-arahan tertentu.
  • Ia dipasang siap dalam kilang semasa komputer dikeluarkan
  • Ingatan ROM tidak akan hilang sekiranya ia di padam kecuali diganti.

CENTRAL PROCESSING UNIT (CPU)

CENTRAL PRCESSING UNIT (CPU)

Ia merupakan enjin komputer, unit pemproses pusat menggunakan cip yang disebut sebagai kepantasan pemprosesan komputer. PC asas Windows 95 kini menggunakan cip pemproses Pentium atau yang sekelas dengannya. Macintosh pula menggunakan cip PowerPC. Kepantasan pemproses diukur dalam megahertz(Mhz). 100Mhz kini dianggap terlalu perlahan. Untuk Windows, cip Pentium II kini semakin lumrah dan kelajuan paling ideal ialah 166Mhz atau lebih. Untuk aplikasi multimedia, dapatkan cip Intel MMX pada kelajuaan 200Mhz atau lebih. Bagi sistem Macintosh pula, kelajuan paling minimum ialah 120Mhz untuk memastikan keberkesanan aplikasi yang digunakan.
  • CPU adalah otak bagi komputer
  • Berfungsi sebagai mengawal keseluruhan operasi komputer dan kehandalan sesebuah komputer diukur daripada kecekapan unit ini mengendalikan sesuatu tugas.
  • CPU mengandungi bahagian-bahagian :-
  1. Unit Kawalan ( Control Unit )-Mentafsirkan arahan yang telah dimasukkan ke dalam komputer dan mengarah cara pemprosesan.
  2. Unit Aritmetik dan logik (ALU)-Membuat operasi matematik dan perbandingan logik
  3. Daftar Khas (Registers)-Digunakan untuk menyampaikan keputusan secara sementara dan mengawal sebahagian maklumat-maklumat.

PAPAN INDUK (MOTHERBOARD)



Adalah komponen paling utama di dalam sesebuah komputer di mana terdapat semua komponen lain yang dipasangkan kepadanya. Komponen paling penting yang dipasangkan pada sesebuah papan induk ialah CPU (Central Processing Unit) atau unit pemprosesan pusat yang berfungsi memproses data dalam sesebuah komputer.
Terdapat pelbagai jenis papan induk yang dikeluarkan oleh pengeluar seperti Intel. Per soalannya kenapakah terdapat pelbagai jenis papan induk?. Jawapan adalah kerana terdapat pelbagai jenis CPU yang mempunyai keupayaan dan kuasa yang berbeza. Contohnya Pentium II hanya boleh menggunakan papan induk yang menggunakan reka bentuk AGP seperti Tahoe 2 dan Intel 440LX.
Terdapat juga papan induk yang telah terbina di dalamnya kad bunyi, port perhubungan dan juga port untuk SCSI. Saya menasihatkan agar anda melihat jenis papan induk yang digunakan semasa anda mengunjungi mana-mana kedai atau dewan pameran. Tujuannya supaya anda mengenali rupa bentuk sesebuah papan induk seperti mana yang terdapat pada komputer peribadi yang anda gunakan di rumah atau di pejabat.