Wednesday, April 13, 2011

PAPAN INDUK (MOTHERBOARD)



Adalah komponen paling utama di dalam sesebuah komputer di mana terdapat semua komponen lain yang dipasangkan kepadanya. Komponen paling penting yang dipasangkan pada sesebuah papan induk ialah CPU (Central Processing Unit) atau unit pemprosesan pusat yang berfungsi memproses data dalam sesebuah komputer.
Terdapat pelbagai jenis papan induk yang dikeluarkan oleh pengeluar seperti Intel. Per soalannya kenapakah terdapat pelbagai jenis papan induk?. Jawapan adalah kerana terdapat pelbagai jenis CPU yang mempunyai keupayaan dan kuasa yang berbeza. Contohnya Pentium II hanya boleh menggunakan papan induk yang menggunakan reka bentuk AGP seperti Tahoe 2 dan Intel 440LX.
Terdapat juga papan induk yang telah terbina di dalamnya kad bunyi, port perhubungan dan juga port untuk SCSI. Saya menasihatkan agar anda melihat jenis papan induk yang digunakan semasa anda mengunjungi mana-mana kedai atau dewan pameran. Tujuannya supaya anda mengenali rupa bentuk sesebuah papan induk seperti mana yang terdapat pada komputer peribadi yang anda gunakan di rumah atau di pejabat.

No comments:

Post a Comment