Wednesday, April 13, 2011

CENTRAL PROCESSING UNIT (CPU)

CENTRAL PRCESSING UNIT (CPU)

Ia merupakan enjin komputer, unit pemproses pusat menggunakan cip yang disebut sebagai kepantasan pemprosesan komputer. PC asas Windows 95 kini menggunakan cip pemproses Pentium atau yang sekelas dengannya. Macintosh pula menggunakan cip PowerPC. Kepantasan pemproses diukur dalam megahertz(Mhz). 100Mhz kini dianggap terlalu perlahan. Untuk Windows, cip Pentium II kini semakin lumrah dan kelajuan paling ideal ialah 166Mhz atau lebih. Untuk aplikasi multimedia, dapatkan cip Intel MMX pada kelajuaan 200Mhz atau lebih. Bagi sistem Macintosh pula, kelajuan paling minimum ialah 120Mhz untuk memastikan keberkesanan aplikasi yang digunakan.
  • CPU adalah otak bagi komputer
  • Berfungsi sebagai mengawal keseluruhan operasi komputer dan kehandalan sesebuah komputer diukur daripada kecekapan unit ini mengendalikan sesuatu tugas.
  • CPU mengandungi bahagian-bahagian :-
  1. Unit Kawalan ( Control Unit )-Mentafsirkan arahan yang telah dimasukkan ke dalam komputer dan mengarah cara pemprosesan.
  2. Unit Aritmetik dan logik (ALU)-Membuat operasi matematik dan perbandingan logik
  3. Daftar Khas (Registers)-Digunakan untuk menyampaikan keputusan secara sementara dan mengawal sebahagian maklumat-maklumat.

No comments:

Post a Comment