Wednesday, April 13, 2011

MEMORY


MEMORY

Memainkan peranan sebagai penyimpan sementara data-data sebelum ianya diproses menjadi maklumat oleh CPU dan dihantar kembali kepada komponen lain seperti skrin, pencetak dan juga cakera keras. Memori juga bergantung kepada jenis papan induk yang digunakan kerana papan induk yang berlainan mempunyai saiz pin memori yang berlainan seperti 72 pin SIMM ( single in-line memory module ), 168 pin DIMM (dual in-line memory module) atau 144 pin DIMM.
Memori juga dibina dalam pelbagai bentuk kerana ia berbeza dari segi kepantasan menerima dan menghantar maklumat yang dimansuhkan ke dalamnya. Ia terbahagi kepada dua jenis samada SIMM dan DIMM. Perbezaan antara keduanya ialah DIMM meletakkan cip-cip memori di kedua-dua bahagian pada sekeping kad memori. Untuk pengetahuan anda memori juga terdiri dari pelbagai jenis seperti DRAM, FPM, EDO, BEDO, SDRAM, SRAM, ASRAM, SSRAM, PBSRAM, VRAM, WRAM dan SGRAM.
Sebuah komputer peribadi yang ingin anda beli seboleh-bolehnya memiliki jumlah memori piawai sekurang-kurangnya 32Mb. Jika anda ingin menggunakan komputer tersebut untuk kegunaan biasa, memori sebanyak 32Mb sudah mencukupi. Sebaliknya untuk penggunaan komputer untuk tujuan aplikasi grafik dan permainan komputer akan memerlukan memori yang lebih banyak iaitu sekurang-kurangnya 64Mb.
  • Memori ialah bahagian komputer di mana program dan data disimpan.
  • Mengandungi dua jenis ingatan:-
  1. Memori Utama ( Ingatan Utama )
  • Memori Utama ialah ingatan cepat yang berupaya beroperasi bagi kelajuan elektronik.
  • Primary Memories adalah semiconductor memories.
  • Program atau aturcara disimpan di dalam Ingatan Utama sepanjang pelaksanaannya.
  1. Secondary Memory
  • Secondary Memories adalah lambat, murah dan biasanya memory yang lebih besar.
  • Digunakan untuk menyimpan sistem aturcara-aturcara (programs), fail data yang besar.
Cth: Magnetik Tapes, Magnetic Disks, Floppy Disks, Optical Disks. Secondary Memory adalah sebahagian dari sistem input/output.
RAM Chips
Memori Akses Rambang ( Random Acess Memory atau RAM )
Komponen yang menjalankan �pemikiran� komputer. RAM ialah ruang di mana perisian bergerak untuk berfungsi, dan hilang sebaik sahaja pengguna keluar daripada sekitarannya atau mematikan komputer. Sekurang-kurangnya 16Mb RAM diperlukan bagi Macintosh dana Windows 95. Lebih banyak lagi diperlukan jika pengguna mahu menggunakan perisian grafik/imej atau permainan video yang lebih besar.
  • Random Access Memory
  • Tugasnya untuk mengingati data dan arahan-arahan yang perlu dijalankan.
  • CPU akan merujuk kepada bahagian ini untuk mendapatkan data serta memastikan semua tugas dijalankan.
  • Apabila komputer dipadamkan, segala ingatan dalam RAM akan hilang.
  • Ukuran muatan ingatan diukur di dalam BAIT. Satu Bait ada 8 bit = satu huruf/abjad (T,U,V,7,8,9,$,<,+). 1 kilobait = 1024 Bait. 1 Megabait = 1000 x 1024 Bait. 1 Gegabait = 1000 Megabait.
ROM Chips
  • Read Only Memory
  • Ingatan yang sentiasa ada pada komputer.
  • Cip yang telah diisi dengan program atau arahan-arahan tertentu.
  • Ia dipasang siap dalam kilang semasa komputer dikeluarkan
  • Ingatan ROM tidak akan hilang sekiranya ia di padam kecuali diganti.

No comments:

Post a Comment